menu bar

Home

bee

TAHNIAH!!! TERIMA KASIH KERANA ANDA BERJAYA HADIR KE SEKOLAH.
ANDA DATANG DENGAN HARAPAN, ANDA PULANG DENGAN KEJAYAAN

Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

PMR

SMU

SPM

Saturday, 7 January 2012

Selamat Datang & Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat Datang kepada pelajar- pelajar yang baru, serta selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada pelajar-pelajar lama yang telah bercuti selama sebulan lebih. Semoga persekolahan sesi 2012 ini, anda semua lebih bersemangat dalam menuntut ilmu serta bersaing secara sihat dalam meraih kejayaan yang lebih cemerlang samada aktiviti di dalam kelas atau di luar kelas.




Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru serta kakitangan yang telah membantu dalam menjayakan majlis pendaftaran pelajar serta hari suai kenal sesi 2012. Semoga Allah memberikan kebahagiaan kepada anda semua.

Sunday, 1 January 2012

Organisasi Baru Madrasah

Pengetua: Us. Zailani Tamzis
GPK Kurikulum / SUP : Us. Fathi Muhammad Zain
GPK  HEM : Us. Muhammad Bukhari Daud
Guru Disiplin : Ustz. Norhalimah Ahmad
S/U : Ustz. Wahida Abdul Rashid

Guru Kelas:
F1 : Ustz. Noor Fadhliahani Mat
F2 : Ustz. Nurul Shazwani Ibrahim
F3 : Ustz. Fauziah Rusli
F4 : Ustz. Norhalimah Ahmad
F5 : Ustz. Nor Azniza Muda

Ustz. Huzaimah Mat Razaly
Us. Muhaiyat Hussin

Friday, 11 November 2011

SPM 2011

Kami warga Madrasah Darul Mujahidin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2011 yang bermula 14 Nov 2011 - 13 Nov 2011. Selamat menjawab. Semoga kita akan bersama-sama meraikan kegembiraan saat keputusan peperiksaan diambil.



=_=   TERUSKAN USAHA DAN DOA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR  =_=


Kami mendoakan kejayaan anda semua ^-^

Sunday, 24 April 2011

Hari Sukan MDM 2011

21& 22 April - Sukan Tahunan MDM telah diadakan di sekitar kawasan madrasah selama 2 hari. Bermula dengan merentas desa pada hari pertama dan pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya bola jaring, bola sepak, sepak takraw, pingpong, dan banyak lagi.














Masa penyampaian hadiah bagi para peserta :


terdiri daripada 4 rumah sukan antaranya:

rumah biru

rumah hijau




Tuesday, 25 January 2011

Matlamat dan Falsafah Pendidikan Madrasah

MATLAMAT:

Satu usaha untuk menyampaikan ilmu dan membimbing insan menjadi muslim yang beriman, berilmu, berjihad, berperibadi mulia dan bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.

FALSAFAH:

Satu usaha yang berterusan untuk mendidik dan membentuk fitrah insan dari segi ilmu, amalan dan penghayatan Al-Quran dan As-Sunnah untuk membangun diri, masyarakat dan negara ke arah mencapai mardhotillah

Monday, 22 November 2010

Bantuan Pembangunan Pendidikan


Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Kedua yang bertempat di Madrasah Darul Mujahidin. Bantuan ini diagihkan kepada 51 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Selangor. Majlis penyerahan cek kepada setiap wakil SAR disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali turut menghadiri majlis ini.



Friday, 15 October 2010

Pengenalan

Sekolah Menengah Agama Al-Azhar adalah sebuah sekolah agama swasta yang terletak di Telok Panglima Garang. Diasaskan pada tahun 1987 dengan nama Madrasah Darul Mujahidin oleh al-Marhum Ustaz Yahya bin Seman, ia bermula dengan sekolah rendah untuk memenuhi keperluan kepada sebuah pendidikan Islam yang menekankan aspek tarbiah. Didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diluluskan pada 5 Ogos 1993. Kini, nama Madrasah Darul Mujahidin telah diangkat menjadi nama syarikat dengan nama MDMSB, dan di bawahnya terdapat 2 buah sekolah, iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Walau bagaimanapun, blog ini lebih khusus untuk aktiviti sekolah menengah.

Peperiksaan yang telah dijalankan di sekolah ini ialah, PMR, SMU, dan SPM.

Kini, selepas 22 tahun, sekolah ini terus berdiri, ramai pelajarnya telah menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di IPTA/IPTS. Semoga sekolah ini berjaya melahirkan para pelajar yang terus beriltizam dengan Islam dan mengamalkan ajarannya.

Followers