menu bar

Home

bee

TAHNIAH!!! TERIMA KASIH KERANA ANDA BERJAYA HADIR KE SEKOLAH.
ANDA DATANG DENGAN HARAPAN, ANDA PULANG DENGAN KEJAYAAN

Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

PMR

SMU

SPM

Showing posts with label profil. Show all posts
Showing posts with label profil. Show all posts

Saturday, 24 March 2012

Logo Madrasah



Logo Madrasah mempunyai:

      a) Warna kuning dan hijau :  melambangkan ketuanan Islam

      b) Bulan dan bintang        :  1) melambangkan Islam sebagai teras pendidikan
                                             :  2) matlamat sekolah untuk melahirkan para alim ulama
                                                3) kecemerlangan sebagai harapan guru dan pelajar
      
      c) Sebuah kitab                :   1) kurikulum sekolah berteraskan pendidikan Islam dan Bahasa Arab
                                             :    2)melahirkan insan yang berilmu , beriman dan beramal Islam

      d) Garisan bulatan            :    1) Liku-liku rintangan penubuhan MDM dapat diatasi berkat muafakat 
                                                      antara pentadbir, guru-guru dan para ibubapa
                                                   2) melambangkan perpaduan, keeratan dan kesungguhan para pendidik 
                                                       dan para pelajar
 > Cogan kata : cogan kata pada lencana madrasah ialah ilmu, iman dan amal
                                 

Tuesday, 25 January 2011

Matlamat dan Falsafah Pendidikan Madrasah

MATLAMAT:

Satu usaha untuk menyampaikan ilmu dan membimbing insan menjadi muslim yang beriman, berilmu, berjihad, berperibadi mulia dan bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.

FALSAFAH:

Satu usaha yang berterusan untuk mendidik dan membentuk fitrah insan dari segi ilmu, amalan dan penghayatan Al-Quran dan As-Sunnah untuk membangun diri, masyarakat dan negara ke arah mencapai mardhotillah

Friday, 15 October 2010

Pengenalan

Sekolah Menengah Agama Al-Azhar adalah sebuah sekolah agama swasta yang terletak di Telok Panglima Garang. Diasaskan pada tahun 1987 dengan nama Madrasah Darul Mujahidin oleh al-Marhum Ustaz Yahya bin Seman, ia bermula dengan sekolah rendah untuk memenuhi keperluan kepada sebuah pendidikan Islam yang menekankan aspek tarbiah. Didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diluluskan pada 5 Ogos 1993. Kini, nama Madrasah Darul Mujahidin telah diangkat menjadi nama syarikat dengan nama MDMSB, dan di bawahnya terdapat 2 buah sekolah, iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Walau bagaimanapun, blog ini lebih khusus untuk aktiviti sekolah menengah.

Peperiksaan yang telah dijalankan di sekolah ini ialah, PMR, SMU, dan SPM.

Kini, selepas 22 tahun, sekolah ini terus berdiri, ramai pelajarnya telah menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di IPTA/IPTS. Semoga sekolah ini berjaya melahirkan para pelajar yang terus beriltizam dengan Islam dan mengamalkan ajarannya.

Friday, 1 January 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Blog ini mewakili Madrasah Darul Mujahidin. Insyaallah segala maklumat yang sesuai akan dikongsikan di sini dan diharapkan dengan adanya blog ini pihak madrasah dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai. Wallahu 'alam

Followers