menu bar

Home

bee

TAHNIAH!!! TERIMA KASIH KERANA ANDA BERJAYA HADIR KE SEKOLAH.
ANDA DATANG DENGAN HARAPAN, ANDA PULANG DENGAN KEJAYAAN

Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

PMR

SMU

SPM

Friday 27 April 2012

Tazkirah


  ::                                                 ::
::  JOM BELAJAR ILMU IKHLAS  ::
  ::                                                 ::

“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


Wednesday 25 April 2012

Indahnya Hidup Ini JIKA......

✿~ FIKIRKAN yang baik-baik..
✿~ KATAKAN yang baik-baik..
✿~ LAKUKAN yang baik-baik..
✿~ Dalam PERGAULAN DAN PEKERJAAN yang baik..
JANGAN hanya MELIHAT KEBURUKAN orang lain..kerana seburuk-buruk dia, terdapat 1001 KEBAIKAN yang kita TIDAK PERNAH LIHAT..

p/s : Cubalah dalam sehari, kita MENGUNCI mulut kita dari MEMBICARAKAN KEBURUKAN orang lain atau BERBICARA PERKARA YANG SIA-SIA..beri dan sebarkanlah kebaikan kepada orang lain, insyaAllah..kamu pasti BAHAGIA..♥♥

:: Kamu MEMILIKI jiwa yang INDAH ::

ILMU- IMAN- AMAL

 Sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang didapati daripada seorang bekas guru MDM:
Yang membuat kita kuat adalah DOA .
Yang membuat kita dewasa adalah MASALAH.
Yang membuat kita maju adalah USAHA KERAS.
Yang membuat kita hancur adalah PUTUS ASA.
Yang membuat kita semangat adalah HARAPAN dan IMPIAN.
Yang membuat kita matang adalah IMAN.
 
 

Sukan Tahunan MDM 2012

Madrasah Darul Mujahidin telah mengadakan  program sukan peringkat sekolah. Pada tahun ini, buat pertama kalinya sekolah menengah dan sekolah rendah Madrasah Darul Mujahidin bergabung dalam satu program.Program sukan ini telah dibuat pada 28, 29, 30,31 ( Rabu- Sabtu) bertempat di Madrasah Darul Mujahidin dan hari kemuncaknya diPadang Bt. 7 Sijangkang.
 Antara gambar2 yang sempat di candid dari raptai perbarisan- perlawanan setiap perlawanan - perbarisan di majlis penutup:


 

agak2 bile la nak sampai kalu camni..^_^




 ader gaye dak??

streetsoccer SM MDM








sempat bergambar kenangan d scoreboard ^_^



> Olahragawan 2012 dinobatkan kepada: Azwan bin Mahadi (Ting.2)

> Olahragawati 2012 dinobatkan kepada: Liya Nuratikah binti Junaidi (Ting.2)


* Tahniah diucapkan kepada yang menang.....dan kepada yang tidak bernasib baik, usaha lagi di tahun depan....jumpe lagi...^_*

Followers