menu bar

Home

bee

TAHNIAH!!! TERIMA KASIH KERANA ANDA BERJAYA HADIR KE SEKOLAH.
ANDA DATANG DENGAN HARAPAN, ANDA PULANG DENGAN KEJAYAAN

Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

PMR

SMU

SPM

Monday 22 November 2010

Bantuan Pembangunan Pendidikan


Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Kedua yang bertempat di Madrasah Darul Mujahidin. Bantuan ini diagihkan kepada 51 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Selangor. Majlis penyerahan cek kepada setiap wakil SAR disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali turut menghadiri majlis ini.



Friday 15 October 2010

Pengenalan

Sekolah Menengah Agama Al-Azhar adalah sebuah sekolah agama swasta yang terletak di Telok Panglima Garang. Diasaskan pada tahun 1987 dengan nama Madrasah Darul Mujahidin oleh al-Marhum Ustaz Yahya bin Seman, ia bermula dengan sekolah rendah untuk memenuhi keperluan kepada sebuah pendidikan Islam yang menekankan aspek tarbiah. Didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diluluskan pada 5 Ogos 1993. Kini, nama Madrasah Darul Mujahidin telah diangkat menjadi nama syarikat dengan nama MDMSB, dan di bawahnya terdapat 2 buah sekolah, iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Walau bagaimanapun, blog ini lebih khusus untuk aktiviti sekolah menengah.

Peperiksaan yang telah dijalankan di sekolah ini ialah, PMR, SMU, dan SPM.

Kini, selepas 22 tahun, sekolah ini terus berdiri, ramai pelajarnya telah menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di IPTA/IPTS. Semoga sekolah ini berjaya melahirkan para pelajar yang terus beriltizam dengan Islam dan mengamalkan ajarannya.

Friday 1 January 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Blog ini mewakili Madrasah Darul Mujahidin. Insyaallah segala maklumat yang sesuai akan dikongsikan di sini dan diharapkan dengan adanya blog ini pihak madrasah dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai. Wallahu 'alam

Followers