menu bar

Home

bee

TAHNIAH!!! TERIMA KASIH KERANA ANDA BERJAYA HADIR KE SEKOLAH.
ANDA DATANG DENGAN HARAPAN, ANDA PULANG DENGAN KEJAYAAN

Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

PMR

SMU

SPM

Friday 20 July 2012

MARHABAN YA RAMADHAN

RAMADHAN KARIM


Pihak madrasah mengucapkan " Selamat Menyambut Ramadhan 1433 H ".







macam mana nak niat? cer tengok kat bawah ni...

niat puasa sebulan :




niat puasa :





Ramadhan terbahagi kepada 3 bahagian:

  • 10 malam pertama : mendapat rahmat Allah yang mencurah-curah
  • 10 malam kedua :  mendapat keampunan Allah
  • 10 malam terakhir : mendapat pelepasan dari api neraka 

Tuesday 17 July 2012

Hari Bertemu Ibubapa dan Guru 2012





SMI DM sekali lagi membuat pertemuan guru-guru bersama ibubapa bagi sesi 2012. Dalam pertemuan ini para guru dapat berbincang bersama ibubapa tentang masalah anak-anak di sekolah atau di dalam pelajaran.
Pertemuan ini akan diadakan pada: 

Tarikh: 19 Julai 2012 (Khamis)

Masa: 8.00 - 1.00 ptg

Tempat : Dewan Musolla



Bagi pelajar yang tinggal di asrama, dibenarkan pulang ke rumah selepas pengambilan report kad. Anda diwajibkan hadir semula ke asrama pada hari Ahad. SM MDM megucapkan " Tahniah kepada semua yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, teruskan usaha. "





Dikesempatan ini juga, SM MDM ingin mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. KULLU 'AM WA ANTUM BIL KHAIR. "


     

Monday 9 July 2012

UJIAN LISAN

Kepada semua calon PMR, SMU dan SPM 2012....SELAMAT MENJALANI UJIAN LISAN...

PMR : 1 JULAI -18 JULAI 2012

SMU :1 JULAI - 1 OGOS 2012

SPM  9 JULAI -


^_^    USAHA- DOA- TAWAKKAL    ^_^

...Pesanan Buat Anda Semua...

" MARAHNYA IBUBAPA DAN GURU IBARAT SIRAMAN KE ATAS TANAMAN KERING "  

Hargailah selagi ada yang ingin memarahi dan menegur tiap kesalahan kita...kerana itu tanda masih ada yang menyayangi kita. ^_^

menghormati guru kerana...............



beza dulu dan sekarang

Saturday 19 May 2012

Selamat Hari Guru 2012


" SELAMAT HARI GURU " kepada semua yang bergelar pendidik. Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan dilupakan.

Ini kerana hak guru lebih agung dari hak ibubapa,sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara GURU penyebab hidup yang kekal. Tanpa guru nescaya apa yang dihasilkan oleh oran tua akan celaka selamanya.- IMAM GHAZALI









^_^ TERIMA KASIH GURU ^_^

Friday 27 April 2012

Tazkirah


  ::                                                 ::
::  JOM BELAJAR ILMU IKHLAS  ::
  ::                                                 ::

“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


Wednesday 25 April 2012

Indahnya Hidup Ini JIKA......

✿~ FIKIRKAN yang baik-baik..
✿~ KATAKAN yang baik-baik..
✿~ LAKUKAN yang baik-baik..
✿~ Dalam PERGAULAN DAN PEKERJAAN yang baik..
JANGAN hanya MELIHAT KEBURUKAN orang lain..kerana seburuk-buruk dia, terdapat 1001 KEBAIKAN yang kita TIDAK PERNAH LIHAT..

p/s : Cubalah dalam sehari, kita MENGUNCI mulut kita dari MEMBICARAKAN KEBURUKAN orang lain atau BERBICARA PERKARA YANG SIA-SIA..beri dan sebarkanlah kebaikan kepada orang lain, insyaAllah..kamu pasti BAHAGIA..♥♥

:: Kamu MEMILIKI jiwa yang INDAH ::

ILMU- IMAN- AMAL

 Sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang didapati daripada seorang bekas guru MDM:
Yang membuat kita kuat adalah DOA .
Yang membuat kita dewasa adalah MASALAH.
Yang membuat kita maju adalah USAHA KERAS.
Yang membuat kita hancur adalah PUTUS ASA.
Yang membuat kita semangat adalah HARAPAN dan IMPIAN.
Yang membuat kita matang adalah IMAN.
 
 

Sukan Tahunan MDM 2012

Madrasah Darul Mujahidin telah mengadakan  program sukan peringkat sekolah. Pada tahun ini, buat pertama kalinya sekolah menengah dan sekolah rendah Madrasah Darul Mujahidin bergabung dalam satu program.Program sukan ini telah dibuat pada 28, 29, 30,31 ( Rabu- Sabtu) bertempat di Madrasah Darul Mujahidin dan hari kemuncaknya diPadang Bt. 7 Sijangkang.
 Antara gambar2 yang sempat di candid dari raptai perbarisan- perlawanan setiap perlawanan - perbarisan di majlis penutup:


 

agak2 bile la nak sampai kalu camni..^_^




 ader gaye dak??

streetsoccer SM MDM








sempat bergambar kenangan d scoreboard ^_^



> Olahragawan 2012 dinobatkan kepada: Azwan bin Mahadi (Ting.2)

> Olahragawati 2012 dinobatkan kepada: Liya Nuratikah binti Junaidi (Ting.2)


* Tahniah diucapkan kepada yang menang.....dan kepada yang tidak bernasib baik, usaha lagi di tahun depan....jumpe lagi...^_*

Monday 26 March 2012

!!!! TAHNIAH !!!!!

Tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang mengambil Peperiksaan 2012:



1) PMR : Syarif bin Hidayat               (7A 1B)
2) SMU : Nur Sorfina binti Aznan                 (Mumtaz)
3) SPM : Jannatul Dhiyauddin bin Jannatul Habib     (1A  1B+ 3B 1C)

TERUSKAN USAHA ANDA!! 
> Siapa yang inginkan dunia perlukan ilmu, siapa yang inginkan akhirat juga perlukan ilmu, siapa yang inginkan kedua-duanya juga perlukan ilmu..

Saturday 24 March 2012

Logo Madrasah



Logo Madrasah mempunyai:

      a) Warna kuning dan hijau :  melambangkan ketuanan Islam

      b) Bulan dan bintang        :  1) melambangkan Islam sebagai teras pendidikan
                                             :  2) matlamat sekolah untuk melahirkan para alim ulama
                                                3) kecemerlangan sebagai harapan guru dan pelajar
      
      c) Sebuah kitab                :   1) kurikulum sekolah berteraskan pendidikan Islam dan Bahasa Arab
                                             :    2)melahirkan insan yang berilmu , beriman dan beramal Islam

      d) Garisan bulatan            :    1) Liku-liku rintangan penubuhan MDM dapat diatasi berkat muafakat 
                                                      antara pentadbir, guru-guru dan para ibubapa
                                                   2) melambangkan perpaduan, keeratan dan kesungguhan para pendidik 
                                                       dan para pelajar
 > Cogan kata : cogan kata pada lencana madrasah ialah ilmu, iman dan amal
                                 

Tuesday 14 February 2012

Ujian Bulan Mac 2012

Alhamdulillah....sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan bulan February. Ini bermakna para pelajar semakin hampir dengan ujian bulan Mac. Ujian Bulan Mac akan diadakan pada 2 Mac 2012. Jadual akan diedarkan sedikit masa lagi. Semoga para pelajar bersedia mental dan fizikal dan selamat membuat soalan kepada semua guru-guru SM...Kat sini ada sedikit doa sebagai panduan tuk mengekalkan hafalan kalian semua.
Jangan lupa doa taw!^-^

Ingat pesanan cikgu.^-^

& jangan lupa.....doa, usaha seterusnya tawakal.^-^





Wednesday 25 January 2012

Perasmian Kokurikulum 2012

Tarikh:  21 Januari 2012 (Sabtu)
Masa:    8.30- 12.30 tgahari
Tempat: Dewan Serbaguna
Aktiviti: 1) Pembahagian usrah & sesi Taaruf
               2) Pembahagian kelab
                         i- Kelab Seni Islam :
                                       Guru Penyelaras Putera: U. Zailani Tamzis
                                       Guru Penyelaras Puteri: U. Fauziah Rusli & U. Huzaimah Mat Razaly
                                          
                         ii- Kelab ICT :
                                     Guru Penyelaras Putera: U. Fathi Muhammad Zain
                                     Guru Penyelaras Puteri : U. Nur Wahida Abdul Rashid & U. Nurul Shazwani
                                              
                         iii- Kelab Menjahit :
                                      Guru Penyelaras Puteri : U. Norhalimah Ahmad


                         iv- Kelab Memasak :
                                      Guru Penyelaras Putera : U. Noor Fadhliahani Mat
                                       Guru Penyelaras Putera: U. Nor Azniza Muda


Sepanjang program :

                                           i- Pembahagian Usrah & Taaruf





                                         ii- Pembahagian Kelab


Kelab Memasak: 

                                       

    Kelab Menjahit


                                                                    Kelab Seni Islam

                                                                Kelab Seni Islam ( Putera)                


                                                             Kelab ICT (Putera)

Kelab Memasak (Putera) =) 
Hari Ini dalam Sejarah 'pelajar Putera join kelab memasak'

Followers