menu bar

Home

bee

TAHNIAH!!! TERIMA KASIH KERANA ANDA BERJAYA HADIR KE SEKOLAH.
ANDA DATANG DENGAN HARAPAN, ANDA PULANG DENGAN KEJAYAAN

Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

PMR

SMU

SPM

Friday 20 July 2012

MARHABAN YA RAMADHAN

RAMADHAN KARIM


Pihak madrasah mengucapkan " Selamat Menyambut Ramadhan 1433 H ".







macam mana nak niat? cer tengok kat bawah ni...

niat puasa sebulan :




niat puasa :





Ramadhan terbahagi kepada 3 bahagian:

  • 10 malam pertama : mendapat rahmat Allah yang mencurah-curah
  • 10 malam kedua :  mendapat keampunan Allah
  • 10 malam terakhir : mendapat pelepasan dari api neraka 

Tuesday 17 July 2012

Hari Bertemu Ibubapa dan Guru 2012





SMI DM sekali lagi membuat pertemuan guru-guru bersama ibubapa bagi sesi 2012. Dalam pertemuan ini para guru dapat berbincang bersama ibubapa tentang masalah anak-anak di sekolah atau di dalam pelajaran.
Pertemuan ini akan diadakan pada: 

Tarikh: 19 Julai 2012 (Khamis)

Masa: 8.00 - 1.00 ptg

Tempat : Dewan Musolla



Bagi pelajar yang tinggal di asrama, dibenarkan pulang ke rumah selepas pengambilan report kad. Anda diwajibkan hadir semula ke asrama pada hari Ahad. SM MDM megucapkan " Tahniah kepada semua yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, teruskan usaha. "





Dikesempatan ini juga, SM MDM ingin mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. KULLU 'AM WA ANTUM BIL KHAIR. "


     

Monday 9 July 2012

UJIAN LISAN

Kepada semua calon PMR, SMU dan SPM 2012....SELAMAT MENJALANI UJIAN LISAN...

PMR : 1 JULAI -18 JULAI 2012

SMU :1 JULAI - 1 OGOS 2012

SPM  9 JULAI -


^_^    USAHA- DOA- TAWAKKAL    ^_^

...Pesanan Buat Anda Semua...

" MARAHNYA IBUBAPA DAN GURU IBARAT SIRAMAN KE ATAS TANAMAN KERING "  

Hargailah selagi ada yang ingin memarahi dan menegur tiap kesalahan kita...kerana itu tanda masih ada yang menyayangi kita. ^_^

menghormati guru kerana...............



beza dulu dan sekarang

Saturday 19 May 2012

Selamat Hari Guru 2012


" SELAMAT HARI GURU " kepada semua yang bergelar pendidik. Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan dilupakan.

Ini kerana hak guru lebih agung dari hak ibubapa,sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara GURU penyebab hidup yang kekal. Tanpa guru nescaya apa yang dihasilkan oleh oran tua akan celaka selamanya.- IMAM GHAZALI









^_^ TERIMA KASIH GURU ^_^

Friday 27 April 2012

Tazkirah


  ::                                                 ::
::  JOM BELAJAR ILMU IKHLAS  ::
  ::                                                 ::

“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


Wednesday 25 April 2012

Indahnya Hidup Ini JIKA......

✿~ FIKIRKAN yang baik-baik..
✿~ KATAKAN yang baik-baik..
✿~ LAKUKAN yang baik-baik..
✿~ Dalam PERGAULAN DAN PEKERJAAN yang baik..
JANGAN hanya MELIHAT KEBURUKAN orang lain..kerana seburuk-buruk dia, terdapat 1001 KEBAIKAN yang kita TIDAK PERNAH LIHAT..

p/s : Cubalah dalam sehari, kita MENGUNCI mulut kita dari MEMBICARAKAN KEBURUKAN orang lain atau BERBICARA PERKARA YANG SIA-SIA..beri dan sebarkanlah kebaikan kepada orang lain, insyaAllah..kamu pasti BAHAGIA..♥♥

:: Kamu MEMILIKI jiwa yang INDAH ::

Followers